Breaking News

Bidadari Cemburu pada Wanita Solehah

bidadari thayyibah.com :: Kenapa bidadari bisa cemburu pada wanita solehah?   Karena ternyata Wanita Solehah lebih mulia dari bidadari syurga, keunggulannya yang digambarkan Rasulullah saw sebagai kelebihan yang tampak atas sesuatu yang tidak terlihat. “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia yang solehah ataukah bidadari yang bermata jeli?” Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat”. “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”. Beliau menjawab,” Karena solat mereka, puasa & ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih berseri, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, & sisirnya terbuat dari emas. Mereka (Bidadari) berkata, “ Kami hidup abadi & tidak mati. Kami lemah lembut & tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi & tidak beranjak sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami & kami memilikinya.” (HR Ath Thabrani, dari Ummu Salamah). Inilah tangkai-tangkai cenderamata untuk para wanita soleha yang mendamba syurga. Inilah mutiara-mutiara yang kemilaunya mempesonakan mata hingga membuat iri para bidadari yang bermata jeli itu & para lelaki soleh yang ingin menikahinya. Inilah kuntum-kuntum bunga, yang harum wanginya melebihi wangi harum kasturi. Duhai wanita solehah kau kan menjadi idaman lelaki-lelaki soleh kerana pesonamu di atas pesona bidadari bermata jeli itu. Oleh: @cintahijab_

About A Halia